my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Ahad, 23 Oktober 2011

Percaya Pada Cinta!

“I believe in love…do you?” – Mengapa tidak percaya? Hanya kerana anda dicurangi? Hanya kerana anda dikecewakan berkali-kali? Hanya kerana anda gagal dan gagal lagi? Percayalah kecurangan yang berlaku, kekecewaan yang ditempuhi, dan kegagalan yang you all alami, BUKAN salah you, BUKAN sebab anda setia kepada dia, BUKAN sebab you percaya pada cinta. TETAPI, itu menunjukkan yang Tuhan amat sayangkan anda! Allah s.w.t terlalu care for you dan menyayangi you sehingga dia memberi halangan agar, anda terlepas dari bersama orang yang salah untuk anda. Tuhan membenarkan anda dikecewakan kerana Dia mahu anda mengenali lebih lagi tentang kehidupan dan orang-orang yang tidak baik untuk anda. Malah, Tuhan mahu kita lebih bijak membuat keputusan dan terus berusaha lebih gigih dengan harapan apabila kita benar-benar menemui kekasih sejati, cinta yang suci, kita benar-benar menghargainya! That’s why, kita kena terus mempercayai pada cinta dan jangan sesekali putus asa! Kerana it is NOT your fault or no even anyones fault! Yang penting, keep believing in love, keep preparing for the day that you’ll be truly in love! Mungkin sekarang ni you baru bercinta, kemudian ada berbagai halangan… kemudian break-off. Lepas tu you couple lagi…mula-mula, masing-masing sayang giler, cintan habis. Tapi later on, berubah hati pulak… Adakah itu penyebab kita tidak percaya lagi dengan cinta? Kerana, cinta yang sebenar-benarnya cinta… bukanlah penyebab perubahan itu, bukan yang membuatkan perpisahan itu, kan? Jika benar dia cinta, takkan dia sanggup berpisah atau mengecewakan orang yang dia cintai, jelaslah… dia hanya seorang yang suka mempermainkan perasaan orang. Obviously you belum menemui CINTA! Let’s say you’re married pula, and your marriage doesn’t work out… itu bukan bermakna kerana ada sesiapa yang buat salah atau sengaja tak nak perkahwinan itu berjaya tetapi, itu adalah kehendak Tuhan yang mana, mungkin sedari awal lagi suami dan isteri ini tidak menyedari yang dia bukanlah untuk dikahwini sebenarnya. Tetapi mungkin kita rela berkorban, cuba untuk menerima seadanya… tetapi ended up, tak dapat nak terima. Still, the love is there… Cuma mungkin kita agak lemah untuk fight for it, agak kurang kemahuan untuk meneruskan usaha… again, Obviously you belum menemui orang yang benar-benar CINTAkan you! Apa yang Bro Razzi ingin katakan, perhubungan cinta ini adalah satu proses yang tidak akan berakhir! Orang bercinta, dan terus bercinta… orang kahwin, boleh bercerai dan kahwin lagi… it’s a long process. Bukan hari ini bercinta, esok kahwin dah…settled! Mana ada macam tu ya…ianya adalah satu usaha yang tidak ada penamatnya. Jika sudah menemui cinta, kita kena tambahkan lagi cinta itu agar kita terus bahagia bersama. At least kalau tak nak tambah pun maintain kestabilan percintaan itu… dan selalulah memikirkan, “Bagaimana nak buat dia bahagia lagi? Apa lagi yang aku nak buat? Apa pula selepas ini” …think ahead! DAN, pikat memikat harus diteruskan walaupun anda sudah lama bersama! Ramai di antara kita…bila dah memiliki, ok done! Dah tak pikat lagi, dah tak payah nak mesra-mesra lagi… Sure hilang kehangatan cinta tu! That’s why kita kena be with someone yang I call it “BL” Brother Love? Hehehe… bukan, it’s BELIEVE in LOVE. Sebab, apabila dia percaya pada cinta, dia akan terus mengorat, memikat, menackle, bergurau senda, bermesra, usik-mengusik, berasmarada selalu, so…barulah bahagia dan kekal selamanya percintaan itu… Jangan biarkan cinta itu kehambaran sebelum waktunya. Ramai yang tanya saya, “kalau dia bukan jenis macam tu, macamana?” …I tanya you balik, “Mengapa nak bersama orang yang bukan bersifat sedemikian? kan tidak membahagiakan you?” The secret is… Untuk memiliki seseorang yang mempunyai kesemua sifat sebegitu… kita kena bersama dengan “BL” …again, bukan bersama Brother Love ya hehehe, kita kena bersama dengan orang yang Believe in Love! – Seseorang yang sangat mempercayai pada cinta dan amat menghormati cinta itu, dia pastinya adalah orang yang juga menghormati dan teramat mencintai pasangannya. So dari hari ini, sebelum you all berkenalan dengan lebih mendalam dengan sesiapa yang berpotensi tu, minta dia jawab dengan seikhlasnya, soalan paling penting, “I believe in love…do you?”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan