my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Selasa, 25 Oktober 2011

Makna Tersirat Disebalik Warna dan Bilangan Bunga

Tak kisah la sekuntum atau sejambak, pasti akan rasa gembira juga. Tapi tahukah anda terdapat makna tersirat disebalik warna dan bilangan bunga ros itu? Sebelum itu diingatkan, ini hanyalah sekadar informasi sahaja yang mungkin benar dan mungkin jugak tidak. Jangan la terlalu obses dengan makna-makna ni semua ye
Makna Berdasarkan Warna Bunga Ros- Merah Cinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan Keberanian
Hantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana berkata “Aku cinta pada mu”.



- Pink Menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan.Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati
Kuning Membawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang; untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan



- Putih Menunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you” Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pengantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta.Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you”



- Lavender Cinta pandang pertama dan pesona
Hantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Anda juga boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa



- Oren Keghairahan dan keinginan yang tulus murni
Pilihan yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru



- Hitam Permulaan yang baru, Kelahiran semula, kematian
Kadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru



- Biru Mustahil dan tak dapat disempurnakan
Bunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan





Sekali lagi kami ingin ingatkan, ini adalah sekadar trivia dan informasi tambahan sahaja. Jangan terlalu obses dengan makna-makna yang tersirat ini. Takut boleh mengundang sesuatu yang tidak diingini. Kami teruskan dengan memberikan maksudbilangan bunga ros yang diberikan pula.
Makna Berdasarkan Bilangan Bunga Ros- 1 Rose Cinta pandang pertama, kau lah yang satu
- 2 Roses Saling menyayangi antara satu sama lain
- 3 Roses I love you
- 6 Roses Aku ingin menjadi milikmu
- 7 Roses Aku tergila-gilakan kamu
- 9 Roses Cinta yang abadi, hinga hujung nyawa
- 10 Roses Kamu adalah sempurna
- 11 Roses Kaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
- 12 Roses Be my steady
- 13 Roses Peminat rahsia
- 15 Roses Saya minta maaf, tolong maafkan saya
- 20 Roses Percayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
- 21 Roses Aku setia pada mu
- 24 Roses Tak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
- 33 Roses menyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
- 36 Roses Aku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
- 40 Roses Cintaku padamu adalah tulen
- 50 Roses Cinta yang tiada sesalan
- 99 Roses Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku
- 100 Roses Akan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
- 101 Roses Kaulah satu-satunya cintaku
- 108 Roses Jom Kahwin!
- 365 Roses Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
- 999 Roses Cinta yang berkekalan sampai bila-bila


Diulangi buat kesekian kalinya ini adalah sekadar trivia dan informasi tambahan sahaja. Jangan terlalu obses dengan makna-makna yang tersirat ini. Takut boleh mengundang sesuatu yang tidak diingini. Semua yang tertulis ini adalah hasil terjemahan berdasarkan pemahaman admin sendiri dengan sedikit bantuan google translate. Kalau ada sebarang salah silap harap dapat diperbetulkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan