Apabila seseorang lelaki itu mencapai umur dalam lingkungan 40 hingga 55 tahun, mereka boleh mengalami satu fenomena yang hampir sama dengan kaum wanita yang menopause, yang dipanggil ‘Andropause.’ Tetapi, kaum lelaki tidak mempunyai tanda-tanda jelas seperti putus haid dan sebagainya sebagai menandakan akan terjadinya ‘Andropause.’ Walaubagaimanapun, kedua-dua kaum lelaki dan wanita mengalami satu proses yang sama iaitu penurunan tahap hormon dalam badan: hormon ‘estrogen’ untuk wanita, hormon ‘testosterone’ untuk lelaki. Perubahan rupa bentuk badan berlaku secara perlahan-lahan dan kebiasaannya diiringi dengan perubahan pada sikap, kelakuan, keletihan, hilang tenaga, kurang kemahuan seks dan kurang kemampuan fizikal.
Tambahan lagi, kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa penurunan tahap ‘testosterone’ boleh membawa kepada kepada penyakit-penyakit lain seperti jantung dan lemah tulang. Memandangkan keadaan ini semua terjadi dalam kehidupan di mana kebanyakan lelaki mula mempersoalkan nilai, pencapaian dan arah hidup, adalah amat sukar untuk sedar bahawa segala perubahan yang berlaku bukanlah dari faktor-faktor luaran semata-mata sahaja.
Penurunan hormon secara perlahan-lahan
Tidak seperti kaum wanita yang mengalami menopause apabila mencecah umur 40an hingga 50an, perubahan yang berlaku pada lelaki lebih perlahan-lahan dan kadangkala menjangkau beberapa dekad. Faktor-faktor sikap, tekanan psikologi, alkohol, kecederaan atau pembedahan, perubatan, kegemukan dan jangkitan penyakit juga mampu menyumbang ke arah perubahan ini.
Walaupun penurunan tahap hormon ‘testosterone’ ini akan berlaku pada semua kaum lelaki apabila meningkat umur, tahap keseriusan penurunan hormon ini yang boleh membawa kepada perlunya proses perubatan tidak dapat dijangka. Dan juga tidak dapat dijangkakan umur sebenar bila simptom-simptom penurunan hormon akan berlaku kerana ia berbeza dari seorang lelaki ke seorang lelaki lain.
Adakah ini satu fenomena baru?
Ya dan tidak. Sebenarnya, ‘andropause’ mula-mula dicatat dalam tulisan perubatan pada tahun 40an. Jadi ia bukanlah suatu yang baru. Tetapi, yang barunya adalah kemampuan kita untuk mendiagnosis fenomena. Segala ujian-ujian untuk menentukan ‘andropause’ tidak terdapat sehinggalah kini. Memandangkan kaum lelaki hidup lebih lama, minat untu mengkaji ‘andropause’ telah bertambah dan dapat membantu mengenal pasti cara-cara menghadapi ‘andropause’ ini.
Sebab-musabab terjadi ‘Andropause’
Bermula dari umur 30, tahap hormon ‘testosterone’ akan mula menurun sebanyak 10% setiap dekad. Pada masa yang sama, satu faktor dalam badan yang dipanggil ‘Sex Hormone-Binding Globulin’ atau SHBG mula meningkat. Peranan SHBG ini adalah memerangkap kebanyakan hormon ‘testosterone’ yang sedang mengalir dalam badan dan menyebabkan hormon ini tidak dapat memberi kesan sepenuhnya pada tisu-tisu badan. Apa yang tinggal selepas diperangkap oleh SHBG adalah baki hormone yang dipanggil ‘bioavailable testosterone.’
Kadar ‘bioavailable testosterone’ yang rendah inilah yang menyebabkan terjadinya ‘andropause.’ Semua lelaki mengalami penurunan kadar ‘bioavailable testosterone’ ini tetapi ada dikalangan lelaki yang mengalami penurunan kadar hormon ini yang ebih rendah dari lelaki lain. Apabila ini berlaku, maka berlakulah simptom-simptom ‘andropause.’
Simptom-simptom ini boleh memberi impak negatif terhadap mutu kehidupan kaum lelaki dan mendedahkan mereka kepada risiko jangka panjang hormon rendah.
Graf di bawah menunjukkan tahap penurunan kadar ‘bioavailable testosterone’ mengikut umur.
Gambar
Perihal Mustahaknya Hormon ‘Testosterone’
‘Testosterone’ adalah sejenis hormon yang mempunyai kesan yang unik pada badan seseorang lelaki. Hormon ini dihasilkan dalam kelenjar ‘adrenal’ (adrenal gland) dalam buah zakar dan hanya untuk lelaki seperti mana hormon ‘estrogen’ untuk wanita.
‘Testosterone’ membantu membina protin dan penting bagi prestasi seks yang normal dan menegangkan zakar. Ia juga memberi kesan terhadap aktiviti metabolisme seperti pengeluaran sel-sel darah dalam sumsum tulang (bone marrow), pembentukan tulang, metabolisme lelemak lipid, metabolisme karbohidrat, fungsi hati dan pertumbuhan kelenjar prostat (prostate gland).
Gambar
Kesan Kadar Hormon ‘Testosterone’ Rendah
Apabila hormon ‘testosterone’ berkurangan dalam badan, tindak-balas organ-organ yang memerlukan hormon ini akan menurun, seterusnya membawa perubahan yang banyak.
Tindak-balas yang berlaku akibat dari kekurangan hormon ‘testosterone’ berbeza dari seorang lelaki ke seorang lelaki lain. Namun semuanya akan merasakan kesan yang agak sama, termasuk:
Kurang kemahuan seks
Perubahan emosi, psikologi dan sikap
Ketumpatan otot-otot berkurangan
Kehilangan kekuatan otot
Pertambahan lemak pada bahagian atas dan tengah badan
Osteoporosis atau kereputan tulang dan sakit belakang
Risiko penyakit berkaitan jantung
Mengapa ‘Andropause’ mest diambil berat?
Selain dari impak ‘andropause’ pada mutu kehidupan, ada beberapa kesan jangka panjang dan senyap yang sukar dipantau: peningkatan risiko penyakit berkaitan dengan jantung dan osteoporosis.
‘Andropause’ & Osteoporosis
Dalam individu yang sihat, tisu-tisu tulang akan sentiasa mati dan dibina semula. Tetapi dalam individu yang mengalami osteoporosis, lebih banyak tisu tulang yang mati dari dibina semula. Kita semua banyak mengetahui bahawa ramai wanita mengalami tulang reput atau osteoporosis selepas putus haid atau menopause. Bagi kaum lelaki pula, hormon ‘testosterone’ diketahui memainkan peranan menseimbangkan proses pembinaan semula tisu-tisu tulang yang mati. Antara umur 40an dan 70an, ketumpatan tulang orang lelaki menurun sebanyak 15%.
Akan tetapi, apa yang membimbangkan ialah, dengan peningkatan umur dan penurunan kadar hormon ’testosterone’, kaum lelaki menghadapi risiko osteoporosis yang serupa seperti kaum wanita. Apatah lagi, dalam 8 orang lelaki berumur 50 tahun ke atas, seorang akan menghidapi osteoporosis.
Ketumpatan tulang yang rendah meletakkan seseorang itu dalam risiko menghadapi keretakan dan kesakitan tulang yang kerap, serta dalam banyak keadaan menyebabkan hilang kemampuan berdikari. Bahagian yang kerap menghadapi kejadian ini adalah pergelangan tangan, tulang punggung, tulang belakang dan rusuk.
Pembulatan tulang bahu yang terjadi secara perlahan-lahan tetapi berterusan dan kehilangan ketinggian badan dan sakit belakang adalah merupakan dua penghasilan osteoporosis. Yang lebih teruk lagi adalah keretakan tulang punggung di mana satu pertiga dari pesakit osteoporosis tidak mampu sembuh seperti sediakala.
Risiko Penyakit berkaitan Jantung*
Buat masa ini, telah diterima ramai bahawa ‘atherosclerosis’ (pengerasan arteri atau saluran jantung) dalam kaum wanita meningkat selepas menopause. Terapi penggantian hormon ‘estrogen’ telah menampakkan kemampuan mengatasi masalah ini.
Bukti-bukti baru menunjukkan fenomena yang sama pada lelaki apabile hormon ‘testosterone’ mula menghilang. Walau penyelidikan masih lagi berjalan untu kaum wanita, kajian klinikal menunjukkan terdapat kaitan antara kadar hormon ‘testosterone’ yang rendah dan penyakit berkaitan jantung dalam kaum lelaki.
*Sebab dan musabab masih lagi dalam kajian klinikal.
Dipetik dan dialih bahasa dari : http://www.andropause.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan