my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Rabu, 26 Oktober 2011

Karenah Bercinta

Tanpa cinta, kehidupan seseorang akan menjadi bosan. Kehidupan seseorang juga akan menjadi suram sekiranya cinta itu hanya bertepuk sebelah tangan dan nikmatnya tidak dirasai oleh orang yang kita cintai. Kita juga sering mendengar pepatah yang mengatakan cinta itu buta. Tetapi pada hakikatnya cinta itu adalah cahaya sebuah kehidupan dan manusia sendiri yang membutakan cinta itu.

Memburu cinta memang baik, tapi cinta yang datang tanpa diburu adalah lebih baik – Shakepeare

Berbalik kepada tajuk artikel kali ini, karenah perempuan bercinta, lelaki dalam dilema mungkin membawa banyak maksud kerana setiap insan mempunyai persepsi atau pendapat yang berlainan dan mungkin juga akan ada yang sama pendapat.

Karenah perempuan bercinta? Yeah! Macam macam karenah kalau nak diceritakan tapi ini bukan bermakna perempuan tidak layak bercinta atau cinta perempuan tidak sejati. Antara karenah perempuan bercinta adalah seperti orang nak bercinta dia nak bercinta juga, nak bercinta sebab cemburu tengok kawan perempuan lain ada teman lelaki, dan macam macam lagi. Lelaki dilema membawa makna yang mendalam dan luas tetapi lebih spesifikasi dalam kisah cinta. Tajuk ini berdasarkan dua situasi berikut. Situasi ini juga bedasarkan pengalaman hidup.

1. Seorang perempuan memburu cinta lelaki yang tidak mencintainya

Salah satu contoh karenah perempuan bercinta dalah cemburu apabila melihat kawan perempuan yang lain sudah mempunyai teman lelaki. Untuk mengelakkan dirinya diejek oleh kawan kawan yang mengatakan dirinya tidak laku, satu matlamat dan misi telah dipasang, iaitu mendapatkan cinta daripada seorang lelaki. Lelaki yang menjadi target itu mungkin sekarang berada dalam dilema.

Sebagai contoh, mengikut kisah seorang kawan yang selalu bercerita tentang masalah yang dia selalu dihubungi oleh seseorang atau dalam bahasa mudah diganggu oleh seorang perempuan yang tidak dikenalinya. Sejak dari saat pertama perempuan itu menghantar SMS kepadanya, dia berada dalam dilema. Bagaimana perempuan itu mendapat nombor telefonnya? Kenapa perempuan itu minat pada dia sedangkan mereka tidak pernah kenal? Antara persoalan yang bermain difikirannya sehinggakan membuatkan dia berada dalam dilema samaada untuk menolak atau menerima cinta daripada orang yang dia tidak pernah kenal itu. Kehidupan dia tergangu dengan kehadiran perempuan itu sehinggakan pelajaran dia juga terjejas.

Secara logiknya, wajarkah perempuan itu berbuat sedemikian untuk mendapatkan cinta semata mata cemburu melihat kawan lain sudah berpunya dan menjadikan lelaki tersebut berada dalam dilema? Wajarkah juga lelaki itu untuk menerima cinta tersebut?

2. Kawan yang meminatinya dijadikan tempat mengadu masalah cintanya.

Dilema? Rimas? Geram? Mungkin inilah antara keadaan yang sesuai untuk mengambarkan perasaan seorang lelaki yang menjadi tempat kawan perempuan untuk mengadu masalah cintanya sedangkan dalam masa yang sama dia meminati perempuan itu.

Mungkin diantara anda ada yang berdepan dengan keadaan ini. Tengok orang bercinta nak bercinta juga, tetapi bila dah dapat cinta sering bergaduh dan mempunyai masalah dalam hubungan. Yang merumitkan lagi keadaan apabila kawan yang meminati dan menaruh hati padanya dijadikan tempat untuk mengadu. Memang pedih jika sesiapa yang berada di situasi lelaki tersebut. Yang pasti dalam fikiran lelaki itu adalah untuk terus menaruh hati pada perempuan tersebut atau dia patut mengambil langkah dengan menjauhkan diri daripada perempuan tersebut. Lelaki dalam dilema akibat karenah cinta seorang perempuan.

Sedarlah kita bahawa cinta itu bukan untuk dipaksa. Bukan juga untuk tawar menawar dalam proses jual beli. Sehinggakan ia boleh merimaskan seseorang insan. Sebetulnya, cinta adalah untuk dirasai dan ianya lebih manis jika ada yang memberi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan