my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Rabu, 26 Oktober 2011

Jururawat Lelaki vs Jururawat Wanita

Pada fikiran saya antara kerjaya yang memerlukan kecekapan dan kesabaran yang tinggi adalah kerjaya sebagai jururawat. Jika anda pernah terlantar sakit di hospital kerajaan anda berpeluang bertemu jururawat-jururawat muda yang akan membantu dan menguruskan anda ketika terlantar sakit di hospital. Bila melihatkan jururawat pelatih yang muda-muda, pastinya anda tertarik dan rasa ingin tinggal lebih lama di hospital. Itulah pendapat salah seorang sahabat saya yang pernah terlantar di hospital.

Sekali imbas nampak mudah kerja sebagai jururawat. Namun hakikatnya tidak semudah itu. Kerja mengikut shif, komitmen yang tinggi dan kesabaran yang tinggi adalah tonggak utama bagi anda yang ingin menjadi jururawat. Pengalaman ketika isteri bersalin baru-baru ini, saya bersama dua jururawat di dalam labour room rasanya saya mula memahami tugas berat yang mereka hadapi. Berusaha menyelamatkan nyawa orang lain adalah amat mulia di sisi Allah. Setiap masa saya melihat jururawat sentiasa memberikan kata-kata semangat dan selawat kepada ibu yang sedang bersalin. Dalam masa yang sama mereka perlu menguruskan pesakit-pesakit di wad dan menghadapi kerenah dan memberikan rawatan kepada mereka.

Oleh kerana itu saya melihat jika anda tidak mempunyai kesabaran dan keikhlasan yang tinggi jangan mengambil risiko untuk bekerja sebagai jururawat. Antara tugas-tugas jururawat adalah sebagaimana berikut:

Tugas-tugas Jururawat Kesihatan

Perawatan Kesihatan Keluarga
Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.Perkhidmatan lawatan ke rumah.
Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
Perkhidmatan perancang keluarga.
Pendidikan kesihatan.

Latihan
Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.

Menyelia
Menyelia pekerja-pekerja ‘Auxilliary’ dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.

Pentadbiran
Mentadbir klinik.
Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.

Tugas-tugas Jururawat di Hospital

Penjagaan Pesakit
Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.

Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.

Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.

Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.

Rawatan-rawatan lain mengikut arahan
Artikel yang berkenaan dengan Kerjaya Sebagai Jururawat
Cas Hospital Swasta Akan Dikaji Semula

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya baru sahaja berkongsi pengalaman isteri saya ketika mendapatkan rawatan pesakit luar di salah sebuah klinik swasta dengan anda semua. Pada hari ...
Jururawat Lelaki vs Jururawat Wanita

Tiada lagi istilah prejudis pada hari ini kerana kebanyakkan dalam apa jua lapangan kerjaya pastinya lelaki dan wanita akan bersaing untuk mendapat peluang yang terhidang. ...
Tercabarnya Kewibawaan Seorang Motivator

Assalalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bukan mudah bergelar seorang motivator. Seorang pakar motivasi mungkin lebih senang untuk memotivasikan orang lain. Tetapi bukan mudah untuk memotivasikan diri sendiri. ...
Jangan Hanya Fikir Untung

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dua hari lepas saya bawa isteri saya yang kurang sihat ke sebuah klinik swasta di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Telah masuk ...
Kerjaya Sebagai Kaunselor

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Kaunselor adalah nama yang selalu kita kaitkan untuk mendapatkan khidmat nasihat apabila menghadapi masalah berkaitan diri, rumah tangga dan juga masalah kerja. ...
Tugas Jururawat Masyarakat di Rumah Bidan Kerajaan
Klinik Desa/Pusat Kesihatan
Mengetuai Rumah Bidan Kerajaan/Klinik Desa (bagi Jururawat yang ditempatkan di Rumah Bidan Kerajaan atau Klinik Desa).
Memberi perkhidmatan kesihatan ibu mengandung.
Memberi perkhidmatan kesihatan bayi/kanak-kanak.
Memberi perkhidmatan rawatan ke rumah.
Memberi perkhidmatan perancangan keluarga.
Memberi pendidikan kesihatan.
Menyambut kelahiran bayi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan