my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Isnin, 24 Oktober 2011

Bagaimana peranan sahabat karib berbanding dengan kekasih hati

Ramai dikalangan rakan-rakan kita yang sering salah faham dan melupakan sahabat karibnya apabila dirinya diketemukan dengan kekasih idaman hati,sedangkan mereka tidak tahu peranan sahabat karibnya berbanding dengan kekasihnya sendiri. Mana tidaknya sebelum kita bertemu dengan jodoh yang ditetapkan oleh Allah s.w.t kita mungkin kerap bersama-sama dengan sahabat karib dalam apa juga keadaan seperti bergembira bersedih dan susah senang bersama -sama. Tetapi dalam sekelip mata segalanya berubah bagaikan “Ombak memukul pantai” ataupun “Kacang melupakan kulit” disebabkan kasih dan sayangnya kepada kekasih yang baru membina hubungan cinta. Baiklah saya kongsikan satu cerita kepada anda supaya anda lebih memahami apa yang saya maksudkan diatas - Hakim telah berkawan dengan Johan sejak daripada bangku sekolah rendah lagi malah rakan-rakan sekolah serta orang kampung gelarkan mereka berdua belangkas kerana keakraban mereka. Apa yang Hakim miliki pasti Johan juga memiliki sama sehinggakan tidak dapat seorang daripada rakan-rakannya dapat menghalang atau memisahkanya. Mereka sanggup berkorban apa juga perkara kerana ingin memastikan hati dan perasaan masing-masing dalam keadaan gembira dan tidak biarkan kehidupan dalam keadaan kesusahan. Short story…. Hakim dan Johan telah ditawarkan kerja di dalam sektor Kerajaan setelah mereka berjaya menamatkan pengajian disalah sebuah IPTA tempatan. Tanpa mereka sedari kehadiran berdua telah menarik perhatian salah seorang perkerja disana (Wanita) yang lebih tertumpu kepada Hakim. Hampir 5-6 bulan mereka berkerja dan dalam keadaan diam-diam, Hakim telah menjalinkan hubungan cinta dengan rakan sekerjanya sendiri. Hanya sekelip mata sahaja perangai dan perbuatan Hakim berubah serta-merta akibat terlalu taksub dengan cintanya dan lebih memalukan segala teguran sahabat karibnya tidak diambil peduli malah dimarahinya pula. Pada suatu hari sahabat karibnya Johan telah ditimpa kesusahan dan musibah didalam dirinya dan tiada tempat untuknya mengadu selain Hakim, tetapi apakah daya Hakim tidak ambil kisah apa yang telah terjadi pada dirinya, yang membanggakan si Johan ini adalah sedikit pun tidak terguris hati ke atas perbuatan Hakim pada dirinya. Dengan kekuasaan Allah s.w.t jodoh Hakim bersama teman wanitanya tidak panjang kerana gara-gara ditipu oleh teman wanitanya sendiri. Habis segala wang simpanan, gaji dan kad kredit yang dipohon semata-mata untuk kekasihnya juga dikikis sedalam-dalamnya. Sehinggakan kehidupan Hakim hanya sebatang kera. Melihat keadaan sahabat karibnya Hakim begitu, Johan bingkas menghulurkan bantuan kepada Hakim dengan niat yang ikhlas sebagai sahabat karib dunia dan akhirat. Begitulah serba sedikit cerita yang ingin disampaikan dan disini juga saya kongsikan kepada anda 4 kelebihan peranan sahabat karib yang benar-benar jujur, ikhlas kepada diri berbanding kekasih hati kita:- Sahabat karib akan membantu diri kita dalam apa jua keadaan sekali pun walaupun terpaksa mengadaikan nyawanya sendiri – kekasih hati kita bagaimana? Sahabat karib juga akan membantu diri kita mencapai sesuatu kejayaan didunia dan akhirat tanpa mengira penat atau lelah yang mereka hadapi – kekasih hati kita macam mana? Sahabat karib sanggup memberi perlindungan tanpa mengira tempat dan waktu – kekasih hati kita pula? Boleh ker? Sahabat karib sanggup mengalah kepada kita dalam pertengkaran semata-mata ingin menjaga hubungan baik supaya tidak berpecah-belah – kekasih kita sanggup ker? Semoga dengan perkongsian yang tidak sehebat mana ini jika dibandingkan dengan pengetahuan yang di miliki Allah s.w.t seluas lautan biru tetapi cukup sekadar berkongsi untuk saya memartabatkan cinta dikaca mata masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan