my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Isnin, 24 Oktober 2011

Bagaimana ingin tahu wanita serius dalam hubungan cintanya



Kebanyakan lelaki amat jarang untuk mengetahui Bagaimana wanita begitu serius dalam hubungan cintanya.Mana tidaknya wanita mempunyai sifat atau sikap yang tidak ada lelaki iaitu pemalu dan tidak suka berterus-terang. Bagi mereka, tidak mungkin wanita akan memulakan perbicaraan ia seumpama “perigi mencari timba” oleh itu lelaki diluar sana perlulah peka pada situasi sebegini supaya teman wanita anda tidak merasakan dirinya bertepuk sebelah tangan. Zairi, saya masih tidak faham apa yang dimaksukan? Begini saya berikan kepada anda contoh berdasarkan pengalaman sebenar - Hakimi telah berkawan dengan Juliana hampir 3 tahun. Mereka merasakan ada 1 aura yang menyebabkan diri mereka berdua saling memahami antara satu sama lain. Tetapi Juliana tidak boleh menganggap Hakimi sebagai teman istimewanya kerana meraka hanya sebagai kawan karib yang begitu akrab sehinggakan kawan-kawannya mengusik mereka sebagai couple yang paling bahagia tetapi disebaliknya. Ini membuatkan Juliana begitu kecewa dan dipendamkan sahaja perasaannya. Pada Hakimi pula, dia hanya kelakukan biasa sahaja tidak pernah terlintas di dalam pemikirannya bahawa Juliana mempunyai perasaan cinta kepadanya.. Ini terbukti dimana Juliana sentiasa mengambil berat tentang dirinya setiap masa dan keadaan tanpa menghiraukan dirinya sendiri. Tapi sayang, Hakimi umpama buta dengan kelakukan yang dilakukan oleh Juliana. Akhirnya Juliana dapat juga merasai nikmat bercinta dengan jejaka idaman iaitu rakan karibnya sendiri iaitu Hakimi setelah mengetahui dan pelajari mengenai cinta yang sebenar dengan tunjuk ajar daripada Juliana sendiri. Baiklah saya kongsikan kepada anda 4 Tip Cinta bagaimana ingin tahu wanita serius dalam hubungan cintanya, tip ini juga digunakan pakai oleh Juliana sendiri semasa menjalin hubunganya dengan Hakimi. Melalui perwatakan – Ramai lelaki suka cara dan style yang sempoi, santai, relaks dan selamber dengan teman wanitanya tetapi ia tidak menjadi penghalang kepadanya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan teman lelakinya kerana ia harus membiasakan dirinya untuk menerima seadanya apa juga perwatakan yang dibawa oleh teman lelakinya. Sentiasa bersikap sabar – Kesabaran pada wanita jelas menunjukan ia sememangnya sayang akan hubungan cintanya. Melalui kesabaran juga dapat memupuk nilai kasih sayang yang lebih walaupun teman lelakinya sentiasa memarahinya atau bersikap diluar dugaan yang tidak melampui batas. Tidak mengungkit kisah yang lampau – Wanita yang serius dalam cintanya seboleh-bolehnya tidak akan mengungkit segala kisah lampau atau kisah silam yang pernah dialami oleh teman lelakinya. Baginya wanita mementingkan perkara yang berlaku sekarang dan akan menjaganya sebaik yang mungkin. Tidak membezakan pangkat atau darjat – Perkara ini yang membuatkan lelaki sentiasa rendah diri pada temanya. Tapi bukan semua wanita yang berkelakuan begitu, bagi wanita yang sayangkan hubungan cintanya pasti tidak membezakan pangkat atau darjat dengan teman lelakinya kerana baginya darjat paling tinggi adalah Cinta kepada Allah dan Cinta Hakiki yang jujur, ikhlas dan setia. Sebenarnya 4 tips ini sesuai dibaca oleh kaum lelaki atau teman lelaki anda supaya mereka lebih memahami maksud cinta yang sebenar dan tidak mengendahkan segala pergorbanan anda kepadanya. Apa yang anda (wanita) boleh lakukan adalah kongsikan artikel ini dengan teman lelaki anda ataupun rakan karib (lelaki) di Blog, Facebook ataupun Twitter supaya mereka faham akan kehendak anda yang selama ini anda pendamkan. Semoga dengan perkongsian yang tidak sehebat mana ini jika dibandingkan dengan pengetahuan yang di miliki Allah s.w.t seluas lautan biru tetapi cukup sekadar berkongsi untuk saya memartabatkan wanita dimata lelaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan