my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Jumaat, 4 November 2011

Tonton Video YouTube Lebih Pantas Dari Biasa

YouTube telah menjadi salah satu hobi bagi kebanyakan pengguna Internet termasuklah saya. Sehinggakan ramai pengguna mengadap Laptop/PC sampai larut pagi hanya kerana untuk menonton video kegemaran mereka di YouTube. Tetapi saya pasti semua pengguna pernah mengalami masalah dengan buffering YouTube di mana di saat kita sedang menonton video kegemaran, di saat itulah video tersekat-sekat dan kadang kala berhenti loading dalam masa yang agak lama. Hal pertama yang datang ke fikiran kita adalah “aku perlu upgrade talian Internet yang lebih tinggi”, atau “aku perlu tukar plan pakej yang lebih baik”, atau “aku perlu tukar ISP yang lain lah kalau macam ni, baru gempak”. Cara ini memang benar dapat meningkatkan kelajuan buffering anda. Tetapi, apakah ada cara lain untuk membuat video YouTube untuk pergi lebih cepat tanpa perlu upgrade ke sambungan Internet berkelajuan yang lebih tinggi?

Jawapannya adalah Ya! Dengan memperbaiki prestasi komputer anda, membuat sedikit konfigurasi di browser dan juga dengan memasang software accelerator, anda boleh membuat video YouTube untuk pergi dengan lebih cepat. Mari kita mulakan dengan memori …
1. Upgrade memori :

Perkara pertama yang perlu disemak adalah, adakah PC anda mempunyai saiz memori yang cukup? Ketika proses buffering dari video YouTube atau mana-mana video di Internet, PC anda perlu meletakkan sejumlah aliran data video ke dalam RAM (main memory). Dan jika PC anda tidak mempunyai RAM yang cukup, ia secara auto akan bergantung pada virtual memory (secondary memory). Ini bererti PC anda akan menggunakan hard disk sebagai RAM sementara. Kita semua tahu bahawa, membaca dan menulis (read and write) data ke RAM adalah jauh lebih cepat berbanding read and write pada hard disk di mana hard disk menggunakan teknik moving -- head untuk membaca dan menulis data.

Penggunaan virtual memory juga secara tidak langsung juga akan mempengaruhi prestasi keseluruhan PC anda. Jadi apa kata anda upgrade RAM. Disarankan untuk upgrade RAM yang lebih tinggi dari keperluan minimum dari sistem operasi anda. Sebagai contoh, jika PC anda menggunakan Windows XP atau Windows 7, at least RAM mesti 1GB. Tetapi adalah lebih baik jika mempunyai RAM 2GB -- 4GB. Apa guna XP, oh kemon.. hehe.. Oh guna OS linux. ok good.

Jika anda tidak mempunyai waktu untuk upgrade RAM, masih tidak mengapa dengan syarat anda menutup semua aplikasi yang tidak digunnakan. Jangan bebankan PC anda dengan aplikasi yang anda tidak guna. Sebagai contoh, ketika anda sedang asyik menonton video di YouTube, pada masa yang sama MS Word anda masih terpampang di Desktop. Apa kata save dulu kerja-kerja MS Word anda dan tutup. -- bagi pengguna yang mempunyai jumlah RAM yang sedikit seperti 512MB dan ke bawah.2. Gunakan SpeedBit Video Accelerator untuk membuat video buffer lebih cepat :

Anda boleh memasang SpeedBit Video Accelerator pada PC dan alami keseronokan menonton video kegemaran di YouTube. Sofware ini akan membuat video buffer lebih cepat dan ia dilakukan tanpa gangguan. Teknologi SpeedBit Video Accelerator akan dapat membantu browser anda untuk membuat multi-connect pada streaming video server yang lebih spesifik sehingga ia dapat membantu untuk download video dengan lebih cepat. Lihat gamabarajah di sebelah kiri.
3. Membuat tweak/konfigurasi pada browser:

Teknik ini juga dapat membuat video YouTube pergi dengan lebih cepat. Jika anda menggunakan Mozilla Firefox, anda boleh menukar beberapa konfigurasi dengan menaip “about: config” pada address bar kemudian mengubah beberapa tetapan pada pipelining. Cara termudah untuk melakukan ini adalah dengan download dan pasang plugin FasterFox Mozilla Firefox. Plugin ini secara automatik akan tweak Mozilla Firefox untuk mempercepat masa buffering video Internet.
4. Butang pause :

Sementara menunggu video YouTube buffering semasa menonton, apa kata anda tekan butang pause dulu pada pemain video YouTube. Dengan cara ini, PC anda tidak perlu men-decode video dan download data video secara serentak (saya harap anda faham maksud ini) Ia secara tidak langsung membolehkan kelajuan buffer untuk pergi lebih cepat dan ia juga membolehkan anda untuk menonton secepat mungkin tanpa gangguan. -- ia berkaitan dengan proses-proses dalam PC anda.
5. Gunakan Pilihan Fast Forward :

YouTube telah pun menambah butang Fast Foward di pemain video mereka. Klik pada mana-mana bahagian dalam slider di bar loading. Video akan mula play dari bahagian slider yang anda klik. Dengan melakukan hal ini ia secara tidak langusng dapat menjimatkan bandwidth dan masa menunggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan