Tatkala meneliti ‘Password Recovery System’ bagi beberapa laman web seperti yahoo, fb, maybank, cimb, hsbc, dan lain-lain servis goverment, terdapat beberapa perkara menarik yang menarik perhatian. Kebanyakannya menggunakan kaedah soalan-soalan yang boleh dijawab secara peribadi oleh individu tersebut. Ini menunjukkan hanya individu tersebut sahaja boleh memperoleh passwordnya kembali jika berlaku kecemasan/keterlupaan.
Walau bagaimanapun, disebabkan wujudnya rangkaian sosial di internet yang semakin popular ketika ini, maka maklumat tersebut senang diperoleh tanpa perlu mengetahui diri seseorang tersebut secara peribadi. Jawapan kepada soalan tersebut kebanyakannya boleh diperoleh daripada jaringan Facebook, twitter, blog, myspace, formspring, dan lain-lain lagi, dan set-set jawapan bagi jawapan umum boleh dikumpulkan.
Soalan dan Jawapan
Misalnya, katakan anda diberi soalan berikut: “Nama ibu anda?” Dan jawapannya berkemungkinan boleh diperoleh daripada laman web sosial dan orang yang berdekatan. Begitu juga bagi jawapan “Tempat Lahir?” dan juga “Tarikh Lahir” sekalipun kerana IC penduduk Malaysia adalah berdasarkan kepada tarikh lahir (dan IC kebanyakannya boleh diperoleh dengan mudah di internet). Katakan pula anda diberi soalan “Jenama motor pertama anda?”
Set jawapan
Soalan tersebut adalah bersifat peribadi. Hanya individu tersebut sahaja yang tahu jawapannya. Ia mungkin tidak tercetak di laman web sosial. Tapi jika bernasib baik, berkemungkinan anda boleh menekanya dengan adanya gambar-gambar di laman web sosial tersebut. Namun, cara yang paling mudah dilakukan ialah dengan mengumpul set jawapan bagi soalan tersebut. Katakan jenama motor pertama. Setnya mungkin: “Yamaha; Honda; Kawasaki; Ex5; Wave; RZ; skuter; demak; comel;” dan sebagainya.
Sama juga dengan jawapan kepada “Tempat peranginan honeymoon anda.” Ia adalah tertakluk kepada set jawapan yang boleh diteka. Jika anda meletakkan tempat yang spesifik seperti ‘Hotel Seri Malaysia’ mungkin agak sukar diteka, namun jika ia termasuk dalam set berikut: “Langkawi, Pulau Pangkor, Tioman, Malaysia, Australia, Paris, Sabah, Genting Highland“, maka ia adalah dalam lingkungan ‘yang perlu diketatkan keselamatan’.
Berapa ramai pula yang menggunakan kata laluan yang sama bagi akaun Facebook, Yahoo, Gmail, Maybank2u, Cimb dan lain-lain lagi? Dekan pernah juga diceritakan daripada pengalaman rakan-rakan yang lain yang kebanyakannya menggunakan kata laluan yang sama bagi akaun tersebut untuk memudahkan ingatan.
Pernah juga kes sebegini berlaku (true story ok), yang seseorang ini tidak dapat memasuki email beliau. Telah beberapa kali cuba, namun tidak berjaya, beliau menggunakan password akaun FB nya. Dan akhirnya beliau berjaya masuk. Pelik dengan keadaan tersebut yang agak luar biasa, beliau mengubah kembali password email tersebut kepada yang lain dan mengubah ‘Secret Question’. Beliau mensyaki seseorang telah memasuki email beliau dengan helah password recover, dan kemudian merecover semua password sosial beliau. Selepas itu ia menukar semula password email tersebut sama seperti password di rangkaian sosial. Bagi pengguna biasa ia mungkin nampak seperti biasa. “Salah masuk kot agaknya.” Akan tetapi anda sebenarnya sudah di’OwN’ dan dimonitor.
Countermeasure
Jika anda disuruh meletakkan jawapan kepada soalan peribadi, berikan secara spesifik dan jika anda diberi pilihan untuk meletakkan soalan sendiri, berikan ia sebagai klue untuk jawapan sebenar dan bukan terlalu langsung. Tertarik pula dengan pendekatan Maybank, mereka menggunakan soalan yang agak trivial yang mungkin agak sukar diperoleh daripada laman sosial, dan agak janggal juga jika anda tiba-tiba bertanya kepada si pemunya badan. =)
Bagi akaun yang berlainan pula, pastikan anda mempunyai kata laluan yang berasingan. Seperti Dekan, Dekan mempunyai 3 set kata laluan (<- bagitau tuh. :p ) untuk diingat dan setiap set itu mempunyai subset yang berubah-ubah seperti angka dan juga karekter special.
Semoga ia membantu anda sedikit dalam urusan di dunia maya ini.
P/S: Bolehkah anda semua membantu bagaimana mendapatkan kata laluan bagi soalan-soalan tersebut dalam gambar di atas?
Post Yang Berkaitan
2 cara akses Windows XP ber’admin password’ (4)
Recover password Windows XP anda dengan 4 patah perkataan (34)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan