my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Ahad, 13 November 2011

╰☆╮¤°.¸¸.·´¯`»® Akaun Facebook Kena Hack. ®«´¯`·.¸¸.°¤╰☆╮

Terkejut, itulah yang reaksi pertama saya apabila tiba-tiba paparan “You are not login” terkeluar daripada pelayar laman Facebook saya. Nak kata saya login akaun Facebook saya di komputer lain atau smartphone, tiada pula. Ini pasti ada orang lain yang cuba login akaun Facebook saya.

Pasti akaun Facebook saya cuba digodam oleh penggodam a.k.a Hackers! Cepat-cepat saya cuba login kembali akaun Facebook saya dan secara tiba-tiba Facebook meminta saya untuk membuat pengesahan (verify) semula melalui nombor telefon yang telah didaftarkan. Saya pun memasukan nombor telefon saya yang dikehendaki untuk mendapatkan nombor pin pengesahan.

Setelah memasukan nombor pin tersebut, pihak Facebook telah menyatakan bahawa akaun saya telah diakses (login) daripada kawasan yang tidak pernah saya akses Facebook. Gambar di bawah menunjukkan kawasan yang telah dinyatakan oleh Facebook, di mana akaun saya cuba digodam.
(photos akaun fb kena hack)
Ternyata saya belum pernah sampai Switzerland kot, paling jauh pun saya pernah pergi China. Itupun tak buka Facebook lansung, maklumlah banyak aktiviti lain yang perlu saya jalankan di sana. Kemudian saya terpaksa menukar kata laluan (password) yang baru, kali ini dengan lebih panjang dengan 24 aksara.

Kalau kena godam lagi tak tahulah nak letak panjang mana lagi, memang seorang Facebook Hacker yang tegarlah jawabnya. Apa-apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Facebook, sistem keselamatan anda memang terbaik. Tapi yang peliknya, ada apa dengan Facebook saya hingga hendak digodam?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan