Menjelang musim hackers ini, nama Anonymous Hackers memang tidak asing lagi di Internet, televisyen, akhbar online dan sebagainya. Ramai yang hanya menyedari (Malaysian people) tentang kewujudan mereka setelah mendapat mesej berbentuk video di YouTube yang mengatakan mereka ahli Anonymous akan menyerang portal rasmi kerajaan Malaysia. Saya sebagai salah seorang peminat dunia hacking tidak akan terlepas membuat revision mengenai mereka. Saya telah banyak membuat pembacaan di blog-blog/website luar negara tentang apakah objektif sebenar mereka melakukan hacking yang wajib kita katakan tahap PRO a.k.a advance users dalam dunia Computer Networking & Programming.
Kesimpulan dari pembacaan saya, mereka sebenarnya ingin memperjuangkan keadilan tertentu terhadap sesuatu perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati public/rakyat terhadap sesuatu kerajaan/syarikat dan sebagainya. Kita ambil contoh peristiwa di mana mereka telah menggodam PSN (Play Station Network). Tujuan mereka menggodam adalah kerana mahu menghalang PSN dari mendapat keuntungan dengan mengarah pengguna agar memuat turun firmware baru dan jika tidak, pengguna tidak akan dapat menggunakan PSN lagi. Tujuan mereka menggodam adalah bertujuan untuk membantu pengguna dalam konteks pemahaman mereka. Anda perlu sedar bahawa, kebanyakan hackers adalah peminat dunia game. Hackers dan game adalah 2 perkara yang sama sebenarnya jika diteliti betul-betul. Bagi mereka, menggodam sesuatu adalah suatu bentuk objektif yang mesti dicapai dalam konteks dunia game. Jika anda adalah salah seorang peminat dunia game tidak kiralah PC Game/PlayStation/XBOX dan sebagainya, pasti anda sudah biasa dengan objektif/misi (mission) game itu sendiri. Selagi belum dicapai maka selagi itulah mereka akan terus berusaha untuk memenuhi misi tersebut.
Mereka juga telah memprotes kerajaan Iran tentang perkara yang hampir sama dengan Malaysia iaitu kerajaan Iran telah menghalang pengguna dari akses ke laman web seperti Pirate Bay. Mereka mendakwa akan menggodam server kerjaan Iran. Dalam temubual (chatting) dengan Raw Story, ahli Anonymous pada pelayan OpIran # , beliau mengatakan bahawa mereka melakukan kerana mereka ingin rakyat Iran tahu bahawa mereka tidak bersendirian dalam memperjuang menentang rejim Mahmoud Ahmadinejad. Mereka juga telah publish sebuah video di YouTube (pada bulan februari) yang bermaksud untuk menyerang server kerajaan Iran. Para hackers Iran mengatakan mereka menyasarkan pelayan/server yang mengandungi maklumat tentang pusat penahanan Kahrizak di Iran. Sehingga kini laman web kerajaan Iran masih lagi offline (sehingga artikel ini ditulis) -- mungkin itu adalah langkah terbaik atau website telah digodam? Kumpulan ini juga mendakwa telah menggodam server milik kerajaan di Dubai, telah berjaya sekitar 100 akaun log in..Jumlah sebenar ahli Anonymous memang kita tidak boleh jangka kerana mereka ada menyebut, “We are more than you think. We are more than anybody thinks. We are many.” Sehingga ke hari ini ahli mereka semakin bertambah dan banyak. Namun kita sebagai rakyat Malaysia, apakah perasaaan sebenar bila perkara ini bakal terjadi kepada negara kita. Secara jujur pada mulanya saya agak gembira tentang kedatangan mereka, namun setelah difikir balik bukankah ia secara tidak langsung berkaitan dengan maruah? Sekarang ini saya tersepit antara minat dan maruah. Minat dalam dunia file sharing memang tidak asing lagi dari dulu (redha jelah walaupun beberapa akaun tidak boleh diakses -- p/s masih boleh diakses sebenarnya menggunakan cara illegal ;p). Bagaimana pula dengan pendapat anda? Mereka baik atau jahat? Saya ulang lagi sekali lagi, apa yang saya nyatakan di atas adalah berdasarkan pendapat peribadi melalui pembacaan, pemerhatian dan pemikiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan