my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Sabtu, 5 November 2011

Asas Komputer

Komputer adalah mesin pemprosesan data yang memproses data2 yang dimasukkan kepadanya (input) dan menukarnya kepada output atau maklumat berguna.Apa yang ada perlu fahami di sini adalah komputer terdiri daripada 3 unit asas
unit input @ masukkan
unit pemprosesan
unit output @ keluaran
Latihan : Kenal pastikan unit2 ini pada komputer anda.
Binaan Komputer
Komputer terdiri daripada beberapa komponen asas dan dipekaya fitur dengan pelbagai aksesori. Komponen asas adalah komponen wajib mesti ada untuk komputer itu berfungsi, jika tidak komputer tidak dapat digunakan atau dihidupkan. Aksesori pula adalah peranti (device) tambahan untuk menambah keboleh fungsian pada komputer.Terdapat juga aksesori kegunaan khas dalam bidang2 tertentu seperti CAM (computer aided machine) yang digunakan dalam kejuruteraan, spectrophotometer iaitu sebuah alat analisis dalam bidang sains, Gas-Liquid chromatography (GLC) dan lain2 jenis kromatografi untuk tujuan analisis bahan bagi tujuan sains, perubatan, forensik dll, dan lain2.

Menjejak Masalah Pada Komponen Asas
Sebelum anda dapat memperbaiki komputer anda sendiri, sekurang2nya anda mesti mengenali komponen2 itu terutama komponen2 asas.PSU
Power Supply Unit (PSU) adalah alat yang mengandungi transfomer yang menurunkan arus elektrik rumah 240v kepada beberapa voltan dan arus bagi kegunaan motherboard dan juga peranti2 dalaman lain. PSU adalah komponen penting dan kritikal dalam komputer moden pada hari ini di mana kegagalan membekalkan voltan serta arus yang mencukupi boleh menyebabkan masalah ketidak stabilan pada komputer. Sebagai satu contoh biasa, komputer menjadi tak stabil apabila peranti USB tertentu disambungkan atau bila banyak peranti USB disambungkan ke PC atau semasa bermain games 3D dan lain2 lagi. Ketakstabilan ini mungkin juga menyebabkan komputer dimatikan atau restart sendiri.Kegagalan PSU boleh disebabkan oleh
Kegagalan untuk menampung bebanan peranti2 pada komputer, voltan dan arus atau kuasa tidak mencukupi untuk menampung semua atau sebilangan peranti bila ia digunakan. Masalah di sini kebanyakkan dirujuk sebagai design failure, sama ada semasa mula komputer dibina atau disebabkan upgrade dengan menambah pelbagai peranti tambahan seperti menambah bilangan harddisk untuk RAID, DVD/CD/Blu-ray drive dan juga kad grafik tanpa melihat semula had kuasa PSU yang ada. Masalah ini mungkin serius bagi pengguna yang menggunakan PSU "cap ayam" atau setaraf "cap ayam" seperti PowerLogic (soli!). Sila layari laman web ini untuk membuat anggaran kuasa PSU yang patut digunakan dengan beban peranti yang ada, http://www.extreme.outervision.com/psucalculatorlite.jsp , http://www.coolermaster.com/support/psu_calculator.php ATAU cari di enjin carian dengan kata kunci "psu calculator".
Kipas PSU yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan masalah overheated (panas lampau) pada komponen dalam PSU. Habuk berlebihan yang terenap pada kipas PSU boleh menyebabkan kegagalan kipas PSU. Anda boleh baiki masalah ini dengan vakum habuk (awas! tahan bilah kipas supaya tidak berpusing semasa vakum) dan gunakan spray contact cleaner elektronik dan spray pada kipas (bahagian dalam motor). Jika kipas PSU telah "jam", jika anda adalah ahli elektronik dan tahu mengguna solder, anda boleh gantikan kipas itu sendiri. Sebaliknya, lebih baik gantikan PSU itu sahaja.
PSU kena kilat, fuse dalam PSU terbakar, tiada elektrik dapat dibekalkan dan menyebabkan komputer tak dapat dihidupkan.
Motherboard
Adalah papan litar utama bagi komputer, ia menempatkan mikropemproses, slot2 memori DIMM, slot2 PCI/PCI-e, pelbagai saluran USB/ eSTA / Firewire / PS2 / HDMI dll, slot STA/IDE dan macam2. Biasanya rekabentuk motherboard terdiri daripada 2 chipset Northbridge & SouthBridge, dan terdapat juga design 1 chipset (Northbridge & SouthBridge).Kerosakkan pada motherboard boleh jadi kritikal seperti komputer tidak dapat dihidupkan, kuasa ada tetapi tidak boleh dihidupkan, bunyi amaran beep berterusan dan sebagainya. Bagi masalah yang kurang serius, komputer boleh digunakan hanya beberapa fungsian pada motherboard tidak dapat digunakan seperti beberapa port USB. Atau boleh jadi masalah serius di mana komputer boleh dihidupkan dan digunakan tetapi ia tak stabil, selalu crash, blue screen, dan sering berlaku korupsi data walaupun harddisk tidak rosak atau agak baru. Kerosakkan pada motherboard boleh disebabkan oleh macam2 faktor, faktor terkena kilat boleh merosakkan komputer sama ada serius, tak serius atau kritikal atau terus KO. Biasanya motherboard berjenama atau kualiti tinggi tak mudah untuk rosak.Adakalanya komputer yang dipasang sendiri atau PC klon dibina tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pengilang mikropemproses, motherboard, memori dan PSU. Misalnya motherboard menyokong mikropemroses di bawah 75watt, tetapi ia dipasang dengan mikro pemproses berkuasa 80watt. Faktor overclocking juga boleh merosakkan motherboard dan komponen lain. Jika anda berminat untuk overclocking dan menggunakannya secara berterusan, pastikan motherboard anda sememangnya direka untuk menyokong beban lebihan semasa overclocking. Motherboard murah atau ekonomi biasanya tidak mesra overclocking. Overclocking juga memerlukan anda cooler yang lebih baik atau sebaik mungkin.
Masalah ESD atau Electrostatic discharge, rata2 jarang dipedulikan oleh jurusevis atau juruteknik komputer. (bukan semua, bukan pukul rata) Oleh kerana komputer mempunyai banyak mikrocip atau litar sepadu, maka ia adalah sensitif kepada elektrik statik dan boleh menyebabkan kerosakan padanya. Motherboard, mikropemproses, memori DIMM, harddisk dan juga kad2 PCI/PCI-e add-on, semuanya mempunyai amaran ESD yang dikeluarkan oleh pengilang komponen itu. Barangan ini biasanya dibungkus dalam plastik khas anti statik. Oleh itu semasa memegang barangan ini, berhati2 jangan menyentuh "contact point" kuprum (dll) yang tidak bersalut (permukaan logam terdedah). Mungkin masalah ESD tidak begitu dipedulikan kerana elektrik statik jarang terhasil dalam persekitaran tempatan dengan cuaca hujan-panas sepanjang tahun. Bagaimana dengan bilik berhawa dingin dan berkarpet?
Bagaimana menenal pasti kerosakkan pada motherboard yang tidak jelas?
Motherboard yang rosak perlu digantikan dengan yang baru/lain. Ia memang tak dapat diperbaiki. Motherboard terdiri daripada 4/6 layer PCB (berlapis), binaannya kompleks dan sukar/mustahil untuk dibaiki dengan solder.
Mikropemproses
Mikropemproses adalah sejenis litar sepadu yang memuat ribuan atau jutaan litar sepadu di dalamnya. Kebanyakkan fungsi komputer dikendalikan oleh mikro pemproses CPU. Selain mikro pemproses CPU dalam komputer, chipset northbridge / southbridge dan juga graaphic processing unit atau GPU juga adalah mikro pemproses. Biasanya mikro pemproses susah untuk rosak kerana ia dihasilkan dengan baik (kualiti tinggi) oleh pengilang. Kecuali jika pengguna tidak ikut spesifikasi, salah guna atau disebabkan oleh punca tertentu seperti kilat dan sebagainya.Bagaimana mengenal pasti kerosakan yang mungkin disebabkan oleh mikro pemproses di mana komputer tidak dapat dihidupkan atau berfungsi atau bunyi beep berterusan semasa boot. Satu cara mudah adalah memasang mikro pemproses itu pada komputer lain yang mempunyai soket yang sama dan spec yang setara atau menyokong mikropemproses itu. Jika mikro pemproses itu boleh digunakan pada komputer lain maka mikro pemproses itu mungkin tiada mengalami apa2 kerosakan.Anda boleh membuat analisis terperinci dengan menggunakan perisian utiliti yang mengimbas motherboard, serta komponen2nya, mikro pemproses dan sebagainya.
Masalah kegagalan mikro pemproses yang meyebabkan komputer dimatikan sendiri atau restart semasa digunakan atau bila melarikan sesuatu program yang berat atau mungkin juga blue screen pada Windows, ia mungkin bukan disebabkan secara langsung oleh mikro pemproses itu sendiri. Sila semak suhu mikro pemproses dan putaran kipas, pastikan ia ia dalam julat operasi normal. Pastikan kipas atau cooler CPU berpusing dengan lancar, tidak berhabuk, dan bersih. Jika kipas cooler CPU sudah rosak, gantikan cooler dengan yang baru.
Mikro pemproses yang rosak perlu diganti tetapi jika model yang setara sudah sukar untuk diperoleh di pasaran. Anda mungkin perlu bina sistem baru atau baru sepenuhnya dengan mikropemproses, motherboard dan memori baru jika sistem tidak setara.
Memori DIMM Biasanya komputer dibekalkan dengan utiliti memori tester dalam BIOS. Anda boleh gunakan utiliti ini dengan enablekan ibasan memori terperinci dalam CMOS setup. Apabila komputer dihidupkan, semasa CMOS boot up, utiliti ini akan dilaksanakan dan jika terdapat ralat pada memori ia akan segera dilaporkan. Anda boleh tukar dan gantikan DIMM yang rosak dengan DIMM yang baru/lain.Terdapat juga perisian utiliti khas untuk menguji / mengimbas memori. Perisian ini akan membuat imbas memori secara lebih terperinci dengan pelbagai corak. Ada kalanya, ujian memori tester BIOS ok, tetapi bila detail analysis dengan perisian memori tester, terdapat kecacatan pada blok kecil memori.
Adalah satu langkah yang baik untuk menguji DIMM baru yang dipasang pada motherboard. Ada beberapa jenama atau model DIMM memori yang mempunyai jaminan sepanjang hayat, jika kerosakan ini adalah disebabkan oleh pengilang mereka boleh mengantikan DIMM itu dengan yang baru tanpa bayaran.
Satu lagi masalah pada DIMM memori, kadang kala DIMM itu tidak rosak tetapi ia tidak dikesan oleh BIOS semasa Bootup dan kehadiran DIMM memori itu tidak kelihatan dalam saiz memori. Masalah ini mungkin berpunca daripada contact point (pin logam) yang kusam atau berkarat antara pin2 DIMM dengan soket DIMM pada motherboard. Gunakan getah pemadam pensil biasa (jenis lembut bukan liat) dan gosok pada pin2 contact point DIMM seperti anda memadam tulisan pensel pada kertas. Hingga karat kusam itu hilang dan permukaan pin2 itu agak berkilat kembali (kuning keemasan). Pastikan anda tidak menyentuh mana2 permukaan logam yang terdedah atau contact poin pada DIMM atau anda mungkin akan memusnahkan terus DIMM itu secara ESD.
Harddisk
Kerosakan pada harddisk mudah dikesan sama ada dengan status S.M.A.R.T. nya, kehadiran bad sector dan pertambahan bad sector, harddisk mula berbunyi kasar atau tersangkut-sangkut. Anda juga boleh gunakan perisian harddisk monitoring untuk memantau status harddisk sepanjang masa. Anda juga boleh enablekan status S.M.A.R.T. dalam CMOS setup (jika disokong dalam BIOS) untuk tujuan ini.
Apabila tanda2 hayat harddisk hampir sampai ke penghujungnya, anda perlu bersiap-siap segera mendapatkan harddisk baru, membuat pemindahan data atau backup data ke DVD. Kehilangan data pada harddisk yang rosak amat memeritkan terutama kepada mereka yang berkerja bersama komputer.Kad Grafik
Kad Grafik atau grafik pada motherboard, sekurang-kurangnya salah satu diperlukan bagi membolehkan paparan pada skrin monitor/LCD. Kad grafik moden pada hari ini dibina dengan mikro pemproses grafik GPU. Masalah yang mungkin tentang kad grafik adalah isu voltan/arus sumber yang tidak mencukupi, kegagalan kipas kad grafik atau habuk berlebihan pada cooler GPU.Kad grafik moden pada hari ini boleh dilarikan bersiri seperti multi pemproses CPU, Nvidia SLI atau ATi Crossfire. Tujuannya adalah sama konsep seperti CPU multi pemproses.Semakkan menentu suatu kad grafik itu rosak atau tidak boleh ditentukan dengan memasang pada komputer lain yang memenuhi spesifikasi yang diperlukan oleh kad grafik itu.

Jika motherboard mempunyai grafik on board, anda boleh uji adakah terdapat paparan skrin jika menggunakan grafik on-board. Masalah perubahan setting paparan sama ada grafik on-board atau slot PCI-e/AGP juga boleh menyebabkan paparan skrin tidak muncul. Bagi sistem Nvidia SLI atau ATI Crossfire, masalah konflik ini mungkin tidak berlaku kerana beberapa kad grafik boleh dilarikan sesiri/selari.Perisian Tester
Terdapat beberapa perisian sama ada freeware, shareware atau retail bagi tujuan menguji hardware secara intensif. Apabila hardware diuji secara aggresif, kestabilan hardware itu dapat dikenal pasti.

Memory Tester Software : DocMemory, memtest86,atau lihat http://pcsupport.about.com/od/toolsofthetrade/tp/memorytest.htm

Lihat juga laman web http://www.ddlarea.com/utilities-drivers dan http://win7dl.com/category/system-tools, untuk nama2 software tool bagi tujuan diagnostic.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan