my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Ahad, 13 November 2011

©º°°º©©º°°º©Mobile Malware menghakis duit anda selain merosakkan©º°°º©©º°°º©

Pernahkah anda mengalami situasi seperti berikut:

Anda menghantar satu mesej teks kepada rakan anda. Rakan anda pula menerima teks mesej anda bersama-sama dengan satu MMS yang diattach sekali. MMS ini tidak dihantar dengan kesedaran anda. Kemudian rakan anda cuba untuk membuka MMS tersebut, tetapi ia cuma MMS yang tidak menunjukkan apa-apa dan tidak boleh dibuka. Akhirnya, pada akhir bulan, anda mendapati bil telefon anda pada bulan tersebut adalah berganda-ganda berbanding sebelumnya kerana setiap mesej anda digandingkan dengan MMS tanpa pengetahuan. Ianya benar-benar terjadi kepada seorang rakan kepada rakan Dekan dan kesimpulannya beliau mungkin terkena Mobile Malware.

Kajian baru-baru ini oleh SMobile, menunjukkan 1.5% daripada pengguna Symbian mempunyai malware dalam telefon mereka. Mengikut McAfee, feature yang berisiko dalam sesuatu HP ialah teks mesej, contact, video, transkipsi telefon, history panggilan, dokumen, dan buffer overflow. Semua di atas berguna untuk orang yang berniat jahat selain kurang yang berniat merosakkan. Hal ini diterangkan dalam contoh di bawah.
Katakan anda CEO atau orang penting dalam sesuatu syarikat, dan pesaing syarikat anda semestinya mahu mengetahui segala rahsia anda. Sama ada rahsia syarikat atau projek yang sedang anda bangunkan mahupun juga rahsia peribadi anda. Maka caranya mungkin berkenalan dengan staff anda dan mendapatkan maklumat tersebut. Selain itu, mereka juga boleh berbaik-baik dengan anda dan menginstal perisian seperti FlexiSpy yang membolehkan semua aktiviti anda direkod. Hal ini benar-benar berlaku dan dinasihatkan semua bos-bos yang memegang syarikat besar-besar, pakailah HP yang kurang canggih macam Dekan yang tidak perlu selalu risau. Hahaha. Updatelah antivirus anda dan tidak hanya menyuruh orang bawahan tengok2kan HP yang telah di’backdoor’ itu.

Mungkinlah perkara ini jarang-jarang berlaku di Malaysia, tetapi dengan kemajuan teknologi dan pengguna internet yang semakin bertambah, jenayah seperti ini bisa menyusul sama pada masa sekarang. Ni yang nak panggil Mazidul ni suh wat liputan jenayah siber ni.

Oh ya, antara solution yang boleh diberi Dekan kepada rakan yang terkena seperti cerita awal-awal tadi, anda mungkin mahu format semula HP anda atau memakai antivirus. Selain itu anda juga mungkin mahu ke Maxis/Celcom,Digi untuk men’unsubscribe’ benda-benda alah dari syarikat ntah mana-mana yang menghantar mesej kepada anda (yang anda tidak subscribe pun) sambil dicas mahal seperti RM1, RM2 tanpa henti . Boleh menangis tengok bil tuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan