my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Jumaat, 18 November 2011

Teknik Belajar Motosikal

Teknik Ujian Pusingan 8:
Tidak melanggar benteng
Membuat satu setengah pusingan
Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda tidak terangkat
Teknik Meniti Di Atas Papan:
Roda tidak keluar dari papan
Kaki tidak mencecah atau pijak papan
Calon tidak jatuh dari motosikal
Tidak kurang dari 7 saat.
Teknik Menunggang Di Antara Kon:
Tidak Melanggar kon
Tidak Menyentuh atau melanggar benteng
Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat
Teknik Brek Kecemasan:
Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat
Membrek di dalam kotak
Tidak melebihi garisan berhenti
Menggunakan brek kaki dan tangan
Teknik Menunggang Di Selekoh Tajam:
Tidak melanggar benteng
Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda luar tidak terangkat
Berhenti di garisan berhenti
Teknik Ujian Amali (Jalan Raya) Bahagian 3:
Menggunakan topi keledar dengan betul
Tidak menghidupkan enjin dalan gear
Nyalakan lampu hadapan
Melihat ke belakang sebelum bergerak
Beri keutamaan kepada kenderaan di jalan besar
Memberi isyarat dengan betul
Enjin tidak mati melebihi tiga kali
Penggunaan gear yang sesuai
Dapat mengimbang badan atau tidak terkeluar dari laluan tak rata (kelas B sahaja)
Memandu disebelah kiri
Berhenti mengikut peraturan pemanduan berhemat
Kaki tidak mencecah jalan
Tidak melanggar benteng
Tidak jatuh dari motosikal
Tidak terlibat dalam kemalangan
Teknik Belajar Mendaki Bukit
Gunakan gear satu, jalan ke hadapan mendaki bukit.
Berhentikan kereta apabila tayar hadapan mencecah ke dalam garisan kuning. Bebaskan (free) gear, tarik brek tangan.
Keluarkan kepala melihat ke arah tayar atau pastikan cermin sisi selari dengan tiang 1.
Tip untuk ujian mendaki bukit:
Calon akan lulus jika:
Berjaya meletakkan kedua-dua bahagian roda hadapan motokar di atas garisan kuning secara berterusan samada 100%, 75% atau 50%.
Berjaya maju kehadapan tanpa berundur melepasi garisan kuning apabila diarahkan oleh penguji.
Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit. Masa tamat akan dicatat selepas keseluruhan badan motokar melepasi garisan kuning.
Calon akan gagal jika:
Gagal meletakkan kedua-dua roda hadapan samada 100%, 75% @ 50%
Melebihi masa yang ditetapkan.
Melanggar tiang penanda besi (samada jatuh atau tidak)
Langgar garisan putih.
Kemalangan (samada langgar kenderaan lain, langgar bahu jalan atau langgar objek dalam litar)
Teknik Belajar Turun Bukit

Gunakan gear satu. Tekan pemacu (minyak). Lepaskan cekam (clutch) secara perlahan-lahan, apabila kereta bergerak, lepaskan brek tangan dan tambah tekanan pada pemacu (minyak).
Teknik Belajar Tiga Penjuru

Teknik tiga penjuru ini akan digunakan semasa anda melalui jalan mati. Jadi teknik ini boleh anda gunakan selain daripada reverse ke belakang yang ada kalanya merbahaya bagi yang tidak mahir mengundurkan kereta.

Semasa hari ujian, tiga penjuru biasanya akan dilakukan selepas membuat parking. Jom kita lihat teknik untuk buat tiga penjuru khas untuk tujuan ujian kelak.
Apabila anda keluar dr parking, masuk petak belah kanan (ikut anak panah yang diberikan) sehingga sampai ke tiang no 2.
Sambil berjalan perlahan-lahan pusing stering kekanan sampai habis dan berhenti sebelum garisan putih di depan.
Seterusnya pusing stering ke kiri pula sampai habis (4 x) kemudian br anda undur ke belakang dan berhenti sebelum bumper belakang kereta anda pijak garisan putih (jarak dalam 3 kaki mcm tu).
Kemudian pusing stering 3 x dan terus keluar dr petak 3 penjuru tersebut.

Tip Ujian Tiga Penjuru:

Calon akan lulus jika:
Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit.
Calon berjaya melakukan ujian seperti berikut:
Masuk ke petak dari kiri ke kanan dan berhenti seketika
Dari Kanan berundur ke belakang dan berhenti seketika
Dari kiri bergerak ke kanan dan terus keluar.

Calon akan gagal jika:
Melanggar atau menyentuh tiang besi penanda samada semasa masuk atau keluar.
Badan kereta menjulur keluar
Melakukan olah gerak lebih 3 pergerakkan
Melakukan ujian melebihi 3 minit
Berlaku kemalangan
Teknik Belajar Memandu 
Teknik Belajar Parking

Teknik Belajar Parking
Luruskan kereta, undur dan dapatkan tiang nombor 1 di sisi cermin segitiga dan berhenti.
Pusing kiri sampai habis, undur dan dapatkan tiang nombor 6 melalui cermin tingkap sisi lalu berhenti.
Pusing kanan 2 kali (luruskan tayar). Undur kereta sehingga tayar belakang mencecah garisan putih dan berhenti.
Pusing kanan sampai habis, undur ke dalam petak parking dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
a) Pusing kiri sampai habis guna gear 1 maju kehadapan sehingga badan kereta sama lurus dengan garisan dan berhenti (free gear dan tarik handbreak). Angkat tangan.b) Kemudian, masuk gear reverse berundur ke belakang dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
Pusing kanan sampai habis dan keluar berhati-hati menuju ke petak pusingan tiga penjuru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan