my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Khamis, 3 November 2011

Kereta elektrik

Malaysia diberitakan bakal menyaksikan kereta elektrik pertamanya hasil usahasama Proton dan Universiti Teknologi Malaysia pada pertengahan tahun 2011..tak lama lagi..tak pasti la tarikhnya.

Bagaimanapun, ketika rakyat Malaysia masih samar-samar dengan perkembangan kereta elektrik dari Proton samada dari segi prestasi dan kemampuannya…

Sebenarnya nun jauh di sana, Tesla Motor yang beribu pejabat di Palo Alto, California, Amerika Syarikat telahpun menghasilkan sebuah kereta elektrik yang agak mengancam dan ganas..Hebat sangat ke kereta elektrik Tesla Model S ni? Boleh la tahan sebab bateri kereta ni didatangkan dalam 3 pilihan;

1. Bateri Standard..sekali cas penuh boleh dipandu dengan jarak maksimum 255 km

2. Bateri ke-2…kalau nak power sikit boleh pakai bateri jenis ke-2 ni sebab jarak pemanduan boleh mencapai 370 km..kalau dari KL ke Johor Bahru tu memang lepas punye..

3.Bateri ke-3…yang bateri terakhir dan paling power sebab jarak pemanduannya semaksimum 480 km.

Apa yang best..menurut Tesla Motors, kereta ni boleh dicas dimana-mana sahaja di dunia asalkan ada soket elektrik…sama macam yang digunakan kat rumah kita.

Masa untuk cas semula kereta Model S ini dikhabarkan secepat 45 minit dengan menggunakan Stesen Cas Semula Pantas (Fast Charging Station)..apa pulak istilah ni ek?

Tak tau la sejauhmana kesesuaian kereta ni dengan keadaan di Malaysia..tapi setahu saya, saya memang tak mampu la nak pakai kereta ni..maklumlah kereta sports.

Tak pasti la kereta ni boleh senang-senang diimport masuk Malaysia..apa pulak kata Proton nanti?

Apapun buat masa ni Tesla Motors tidak menyediakan pilihan untuk rakyat dari negara ini (Malaysia) untuk membuat tempahan…Kalau anda rakyat Singapura memang boleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan