my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...photos ni masa ayah dan bonda baru berkahwin.

my big family...

my big family...

my big family...

my big family...

Isnin, 23 Januari 2012

Cara Nak Tingkatkan Page View Blog

Salam berhujung minggu. Hari ni Nuriz tak pi jalan mana mana lagi, mungkin petang nanti boleh pi jenjalan menghirup udara nyaman. Sebelum pi jalan2 Nuriz nak kongsi sikit pasal blog, dan entri ni untuk simpanan dan peringatan untuk diri Nuriz sendiri jugak. Macam ulang kaji le, kalau lupa boleh selak selak balik. Hari ni Nuriz nak cerita pasal page view blog, bagi yang tak tahu page view blog ialah jumlah halaman dalam blog yang dibuka oleh pengunjung. Semakin tinggi page view maknanya semakin banyak page blog tu dibuka atau diselak oleh pengunjung blog. Semakin lama pengunjung tu stay kat blog tu maka semakin tinggi le page view, lebih kurang macam tu le yang Nuriz paham.

Page view ada kaitan dengan Bounce rate? Sebelum ni Nuriz ada baca pasal Bounce Rate blog yang semakin rendah tu semakin bagus kepada blog kita. Bagi Nuriz bounce rate blog ada kaitan jugak dengan page view sebab kalau tengok makna bounce rate yang diberi oleh google analytics:

Bounce rate is the percentage of single-page visits or visits in which the person left your site from the entrance (landing) page. Use this metric to measure visit quality – a high bounce rate generally indicates that site entrance pages aren’t relevant to your visitors. The more compelling your landing pages, the more visitors will stay on your site and convert. You can minimize bounce rates by tailoring landing pages to each keyword and ad that you run. Landing pages should provide the information and services that were promised in the ad copy.

Dalam erti kata lain yang mudah, pengunjung yang masuk ke blog tapi cuma landing pada 1 page/halaman saja, lepas tu dia keluar, contohnya orang yang datang hanya nak blogwalking dan mencari shotbox atau chatbox. Jadi dia datang sat saja pastu dia blah la, jadi masa dia duduk di blog tu dalam beberapa saat je la. Tu akan dikira sebagai bounce rate.

Tapi bukan nak cerita pasal bounce rate lagi, nanti bila bila pulak Nuriz cerita pasal bounce rate ni lagi.

Berbalik pada tip tip nak tingkatkan page view blog tadi, ada beberapa cara yang boleh kita buat supaya pengunjung nak stay lebih lama di blog kita (terutama bagi pengunjung yang baru pertama kali masuk blog kita. Pengunjung yang dah selalu masuk tu, mungkin dia dah baca dah kot entri kita sebelum ni.)

Pertama, kita boleh buat link link dalam post atau entri yang kita tulis dan link tadi dikaitkan dengan entri yang lepas lepas. oleh buat ikut cara masing masing, sama ada nak letak link di dalam ayat / perkataan. Contoh entri Nuriz yang lepas lepas, Sosilawati dibunuh, boleh letak link dalam entri tu untuk dilink dengan post yang berkaitan, seperti cara bunuh Sosilawati, Siapa pembunuh Sosilawati dan lain lain post yang berkaitan tajuk tu.

Kedua pasang linkwithin, yang ni pun satu cara nak menarik pembaca blog klik ke page lain atau entri lain bila nampak linkwithin sekali dengan gambar yang menarik. Kebanyakan blogger dah banyak pasang linkwithin kan. Tu pun cara nak promosi kan entri tuan blog yang lepas2.

Pasang Read More pada post, cara ni bukan saja mempercepatkan loading page tapi jugak boleh meningkatkan page view blog. Kalau pembaca teringin nak baca lagi depa akan klik read more tu untuk tahu selanjutnya. Ni pun bergantung pada kreativiti penulis tu nak membuatkan orang terus membaca, penulis blog boleh le buat ayat ayat yang menarik dan suspen sikit..hehe!!

Cara lain ialah pasang le widget widget macam Popular Post, (post yang paling banyak diview), entri yang paling banyak dikomen, entri yang panas panas, dan sebagainya, semua tu boleh kita pasang kat tepi side bar blog, dari situ kita boleh dah nak menarik pengunjung pilih entri entri yang depa nak baca. Tu la cara kita nak iklankan kan entri kita..:)

Cara lain ialah letak le link post yang korang rasa ada kaitan dengan entri yang ditulis di dalam post, dan dah jadi post berantai..bukan surat berantai ye.

Mungkin anda teringin nak baca

Cara cepatkan loading page blog semasa blogwalking.

Tingkatkan trafik dengan Facebook dan You tube

Letak pautan link dalam Profil Anda

Nak tahu asal usul dari mana Trafik Blog Anda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan