Panduan berpuasa untuk pesakit kencing manis:
Antara
 masalah yang kerap dialami pesakit kencing manis ketika berpuasa ialah 
hipoglisemia (paras gula dalam darah terlalu rendah), hiperglisemia 
(paras gula terlalu tinggi) dan dehidrasi (kekurangan air) sehingga 
boleh menyebabkan pesakit pengsan dan koma.
Puasa adalah ibadat 
dan amalan baik untuk pesakit kencing manis, terutama yang turut ada 
masalah berat badan berlebihan. Namun beberapa garis panduan perlu 
dipatuhi sebelum pesakit dibenar berpuasa supaya ibadat itu tidak 
memudarat dan membahayakan nyawa.
Dua cabaran utama pesakit 
kencing manis pada bulan puasa ialah pertama, kawalan pengambilan ubat 
atau suntikan insulin kerana pada hari biasa ia dilakukan pada waktu 
siang.
Cabaran kedua ialah masalah hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi yang boleh berlaku bila-bila masa ketika berpuasa.
Untuk
 membolehkan seseorang pesakit berpuasa, penyakitnya perlu dalam keadaan
 terkawal dan tahap gula dalam paras sasaran iaitu 5.8 hingga 8 
mmol/liter. Jika paras gula pada tahap ini, pesakit boleh berpuasa tanpa
 masalah. Bagi pesakit yang kurang patuh kepada penjagaan makan dan 
kawalan paras gula dalam darah, ini masa terbaik untuk memulakan program
 kawalan bagi mengelak terpaksa ‘ponteng’ puasa pada Ramadan.
Pesakit yang ingin berpuasa mestilah:
1. Bersahur (lebih baik jika melambatkan sahur)
2. Menyegerakan berbuka
3.  Makan ubat atau menyuntik insulin mengikut nasihat doktor
4.  Makan secara bersederhana ketika berbuka dan pada waktu malam
5.Kurangkan makan makanan manis
6.  Mengawal penyakit dengan baik
7.  Mengenali tanda hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi
8.
 Segera berbuka apabila mengalami tanda komplikasi sama ada 
hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi kerana ia boleh memudaratkan 
kesihatan. Jika ini berlaku, anda tidak diwajibkan berpuasa.
9. 
Mengubah suai dos ubat atau insulin dan waktu untuk mengambilnya. 
Pesakit yang mengambil ubat makan berbuka puasa dengan makan ubat dan 
minum air terlebih dulu. Selepas 15 minit baru diikuti dengan makan nasi
 atau makanan berat lain. Insulin pula perlu disuntik 15 minit sebelum 
azan Maghrib. Namun, insulin generasi baru (yang bertindak segera) boleh
 disuntik sejurus sebelum berbuka.
Pesakit yang boleh berpuasa diingatkan untuk:
l Timbang berat badan pada awal Ramadan (pastikan tiada kenaikan atau penurunan berat badan yang mendadak)
l
 Mengelak makan berlebihan ketika berbuka dan pada waktu malam. 
Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambah berat badan dan 
menyukarkan kawalan diabetis
l Melakukan aktiviti fizikal ringan 
ketika berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan. Sebaik-baiknya kekalkan 
gaya hidup aktif sepanjang Ramadan. Untuk mengelak masalah, lakukan 
perubahan pada gaya pemakanan dan dos ubat mengikut nasihat doktor
l
 Mendapatkan nasihat doktor mengenai pengubahsuaian dos dan waktu 
pengambilan ubat. Ubat yang diambil pada sebelah pagi (ketika tidak 
berpuasa) ditukar ke waktu berbuka. Manakala ubat yang diambil sebelum 
makan malam pula perlu diambil sebelum bersahur. Ketika berpuasa, 
pesakit perlu mengurangkan dos ubat bagi mengelak masalah hipoglisemia.
l
 Bagi pesakit yang mengambil insulin, dos dan waktu suntikan perlu 
diubah mengikut arahan doktor berdasarkan ujian paras gula dalam darah 
pada permulaan puasa. Perubahan ini boleh dilakukan seperti:
a. 
Tiga kali suntikan — Dua dos insulin yang bertindak segera ketika 
berbuka dan sebelum sahur, serta satu dos insulin yang bertindak lama 
sebelum tidur
b. Dua kali suntikan — Satu dos insulin yang 
dicampur ketika berbuka (dengan dos sama pada pagi tidak berpuasa) dan 
satu dos insulin yang bertindak segera sebelum bersahur
Ketika 
berpuasa, beberapa perkara perlu diberi perhatian iaitu tanda 
hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidarasi kerana ia boleh membahayakan 
nyawa pesakit.
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan